Mayat Lelaki Ditemukan Di Pantai Lok Kawi


PUTATAN: Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar di bahagain badan ditemukan di Pantai Lok Kawai semalam.

Dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu, mangsa ditemukan oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Balai Polis Putatan bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan terdapat satu mayat seorang lelaki dipercayai terbakar di salah sebuah pondok riadah di kawasan pantai tersebut.

Hasil siasatan awal Pasukan Forensik Polis mendapati tidak sebarang elemen jenayah dan senjata ditemui di tempat kejadian.

Walau bagaimanapun, polis menemukan cecair yang mengandungi bahan mudah terbakar dan beberapa barangan peribadi termasuk kenderaan milik mangsa di tempat kejadian.

Berdasarkan maklumat yang tertera di kad pengenalan, mangsa merupakan seorang lelaki, berusia 22 tahun, berketurunan Cina dan alamat terakhir di Taman Tanaki, Penampang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tujuan bedah siasat. Polis telah membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.





Source link -Borneo Today

JustForex

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *