Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Julius John Stephen Jr berkata, dalam kejadian pada jam 12.32 malam itu, kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita ditemukan rentung di lokasi kebakaran.
Beliau berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Apabila tiba dilokasi, terdapat kira-kira 40 buah rumah setinggan di kawasan seluas 100 meter x 50 meter musnah sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan.
Semasa operasi terdapat sembilan mangsa terlibat dan tujuh mangsa yang mengalami melecur antara satu hingga 86 peratus telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
Sementara itu, dua mangsa ditemukan rentung pada pukul 4.45 pagi dan 5.50 pagi dan kedua-dua identiti mangsa belum diketahui. Mayat mangsa rentung diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.
Operasi pemadaman terkawal pada 2.07 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.20 pagi.